Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wartawan Ikonik Palestin, Saleh al-Jafarawi Terkorban Ditembak di Gaza

wartawan ikonik palestin, saleh al-jafarawi terkorban ditembak di gazaFoto: Al-Jazeera

Wartawan dan aktivis kemanusiaan terkenal Palestin, Saleh al-Jafarawi, dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan pertempuran bersenjata di Bandar Gaza, menurut laporan Middle East Eye.

Advertisement

Saluran berita Al Jazeera memaklumkan, Saleh ditembak mati oleh kumpulan militia bersenjata di kejiranan Sabra ketika sedang melaporkan pertempuran antara kumpulan disokong Israel dan pejuang Hamas.

Menurut laporan itu lagi, beberapa penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal turut menjadi mangsa dalam insiden sama apabila kumpulan bersenjata mengambil kesempatan terhadap kekosongan keselamatan di Bandar Gaza selepas pengumuman gencatan senjata.

“Setiap hari ada sahaja kematian, satu lagi kesedihan. Walaupun Israel berhenti menyerang, yang tinggal hanyalah saki-baki tentera dan pengkhianatan segelintir pihak,” kata wartawan berpangkalan di Gaza, Mohamed Shahen, yang turut berkongsi rakaman video memperlihatkan keadaan Saleh yang sudah tidak bernyawa.

Beliau menzahirkan rasa sedih atas kehilangan rakan seangkatannya itu.

“Semoga Allah merahmati pahlawan Saleh al-Jafarawi yang sentiasa berada di barisan hadapan melaporkan penderitaan rakyat dan menyantuni golongan tertindas,” katanya.

Saleh menjadi antara wartawan paling dikenali sepanjang perang di Gaza selepas menggunakan platform media sosial untuk menyiarkan laporan langsung mengenai kemusnahan dan krisis kemanusiaan di lapangan.

Liputannya sering menjadi sumber utama bagi masyarakat dunia memahami realiti sebenar yang dihadapi rakyat Palestin di bawah kepungan rejim Zionis.

Sumber: Al-Jazeera

ERA Muzik Hit Terkini