Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Watie Masih Belum Bayar Sesen Pun Duit Hana

watie masih belum bayar sesen pun duit hana

Sumber: mStar

Advertisement

Nampaknya masalah yang melanda bekas anggota kumpulan Elite masih belum selesai kerana Hana belum pun dapat duit sebanyak RM 112, 000 yang sepatutnya dibayar oleh Watie. 

Watie telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayan pada Oktober lalu untuk membayar jumlah tersebut kepada Hana Adnan atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40. Alasan yang diberikan Watie adalah dia tak tahu keputusan yang diperintahkan oleh mahkamah untuk melangsaikan hutang berkenaan. 

"Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

"Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.

"Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Oktober tahun lalu, Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini