Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Watie Sadali Mengaku Tak Mampu Bayar RM 707, 000

watie sadali mengaku tak mampu bayar rm 707, 000

Sumber: mStar

Advertisement

Penyanyi dan pelakon Watie Sadali tak mampu untuk membayar saman yang difailkan terhadap dirinya sebanyak RM 707, 000. Tuntutan saman terhadap difailkan sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan Elite, Hana apda 10 Mac 2015. 

Tuntutan saman itu dibuat oleh Hana selepas Watie menggunakan namanya untuk membeli kereta Toyota Wish berharga RM 150, 000 tetapi gagal membuat bayaran bulanan, roadtax, insurance sehingga Hana diisytiharkan muflis. 

"Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.

"Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.

"Sebab itu saya mohon rayuan daripada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan," katanya.

watie sadali mengaku tak mampu bayar rm 707, 000

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

watie sadali mengaku tak mampu bayar rm 707, 000

ERA Muzik Hit Terkini