Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Buat Fitnah Terima Bayaran Dari Parti Politik, Pengguna Twitter Mohon Maaf Terhadap Aeril Zafril & Isteri

buat fitnah terima bayaran dari parti politik, pengguna twitter mohon maaf terhadap aeril zafril & isteri

Seorang pengguna Twitter sebelum ini telah menuduh dan memuatnaik status mengatakan yang Aeril Zafril dan isteri, Wawa Zainal telah menerima bayaran daripada Perikatan Nasional bagi mempromosikan parti tersebut di TikTok.

Advertisement

Tetapi baru-baru ini dia telah membuat status permohonan maaf akibat kekhilafannya dan tidak memeriksa fakta tentang kenyataan yang dikelaurkannya.

"Sememangnya, selama ini saya telah bersangka buruk yang Encik Aeril dan isteri telah mendapat bayaran, dan banyak ura-ura di media sosial juga menyatakan ramai pempengaruh telah mendapat bayaran daripada PN untuk tujuan promosi.

"Sesungguhnya, khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di twitter miliknya @azrulazimi pada Khamis

Sebelum ini Aeril Zafril telah memuatnaik status menafikan dia tidak menerima sat usen langsung untuk mempromosikan parti politik berkenaan.

Pengguna twitter berkenaan juga berharap agar Aeril dan isteri sudi memaafkannya serta telah memadam status berkenaan di Twitter.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini