Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wawa Zainal Hamil Anak Keempat, Aeril Zafrel Luah Rasa Syukur Doa Termakbul

Pelakon, Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur apabila isterinya Wawa Zainal disahkan hamil anak keempat.

wawa zainal hamil anak keempat, aeril zafrel luah rasa syukur doa termakbul

Advertisement

Menerusi hantarannya di Instagram, Aeril mengumumkan berita gembira itu kepada pengikutnya dan bersyukur doanya sudah termakbul untuk memperoleh cahaya mata lagi.

“Alhamdulillah Ya Allah. Doa dimakbulkan, dapat bayi nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi,” katanya.

Aeril juga memohon doa untuk kesejahteraan buat isteri dan keluarganya daripada peminat dan pengikut-pengikutnya di media sosial.

“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.

wawa zainal hamil anak keempat, aeril zafrel luah rasa syukur doa termakbul

“Semoga Wawa sentiasa dalam lindungan-Nya. Terima kasih sayang. Jangan ‘tutup kilang’ dulu ya,” tulisnya.

Pasangan ini juga kelihatan gembira apabila Aeril memuat naik video pendek yang memaparkan gambar imbasan bayi dalam kandungan isterinya dan reaksi isterinya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini