Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wawa Zainal Mahu Tambah 2 Lagi Anak Sebelum Umur 30, Tapi Sekarang Pun Dah 28 Tahun

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, telah memuatnaik beberapa foto anaknya di ruang akaun Instagram.

wawa zainal mahu tambah 2 lagi anak sebelum umur 30, tapi sekarang pun dah 28 tahun

Advertisement

Menurut isteri kepada Aeril Zafrel ini, beliau memasang impian mahu menambah 2 lagi cahaya mata sebelum usianya mencecah 30 tahun.

''Ee 3 da anak ..misi tambah 2 lagi sebelum umo 30 mslh nya skg pun da 28.

"Korang umo berapa dan berapa anak? cuba share #30tutupkilang #2moreyears," tulis Wawa pada kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan Wawa agar dapat kecapi impiannya itu sebelum usia 30 tahun.

Terdahulu, Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun dan Ayya Sofea, 4 bulan.

wawa zainal mahu tambah 2 lagi anak sebelum umur 30, tapi sekarang pun dah 28 tahun

Sumber: Media Hiburan

ERA Muzik Hit Terkini