Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Selamat Jalan, Salma”, Wawa Zainal Sebak Hantar ‘Bibik’ Pulang Ke Indonesia

Siapa jer tak sedih apabila kita perlu berpisah dengan orang  yang kita sayang. Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa sebak ketika menghantar pembantu rumahnya pulang ke Indonesia selepas berkhidmat bersama keluarganya.

“selamat jalan, salma”, wawa zainal sebak hantar ‘bibik’ pulang ke indonesia

Advertisement

Wawa bagaimanapun akui berat hatinya untuk melepaskan ‘bibik’ kesayangannya pulang ke kampung halaman.

“Selamat Jalan Salma, bibik kesayangan ku.

“Sangat berat nak lepaskan orang yang kita sayang.”

“Tapi wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jaga dirimu. Terima kasih atas semua memori.” katanya di laman Instagram peribadinya.

 

 

Sedih dan pilu apabila pembantu rumahnya itu terpaksa melepaskan tiga orang cahaya mata di bawah jagaannya selama ini.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel menghadiahkan sejumlah wang tunai kepada pembantu rumahnya itu.

Terdahulu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Wawa Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini