Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Will Smith Tampar Chris Rock Di Acara Siaran Langsung, Berang Isteri Dijadikan Bahan Jenaka

Haaa awas mulut bila berbicara!
Muhammad Izwan Zainal
28 Mar 2022, 01:00 PM

Pelakon terkenal, Will Smith bertindak untuk naik ke atas pentas dan menumbuk selebriti Chris Rock secara tiba-tiba di acara Oscar 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).

Kejadian berlaku disebabkan pelawak Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

will smith tampar chris rock di acara siaran langsung, berang isteri dijadikan bahan jenaka

Tanpa berfikir panjang, suaminya Will Smith turun dari pentas sehingga mengejutkan tetamu dan khalayak penonton.

Malah, dia menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan dan menyuruhnya untuk henti menggunakan nama isterinya dalam sketsa lawaknya di atas pentas.

Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial dan seluruh dunia bercakap tentang tindakan pelakon berkenaan yang mempertahankan isterinya.

Selepas kejadian, Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni akibat tindakannya yang melulu ‘menyerang’ selebriti Chris Rock.

will smith tampar chris rock di acara siaran langsung, berang isteri dijadikan bahan jenaka

Beliau memohon maaf ketika menyampaikan ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022.

Namun, permohonan maaf itu tidak mengemukakan pada Rock secara langsung tetapi Smith membuat perbandingan dengan watak lakonannya dalam filem King Richard.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).

“Ini bukan soal saya memenangi anugerah.

“Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’,” katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}