Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Yatt Hamzah Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Lelaki Pertama

Yatt Hamzah bersyukur atas doa semua.
Muhammad Izwan Zainal
05 Jul 2021, 12:14 PM

Pelakon, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan cahaya mata keenam tepat pada 11.16 malam pada Sabtu.

yatt hamzah selamat bersalin, timang cahaya mata lelaki pertama

Menerusi hantaran di laman Instagram, Yatt berkongsi berita gembira itu bersama pengikutnya dan bersyukur dapat bersalin secara normal walaupun dijangka bersalin secara pembedahan (caesarean).

“Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke bilik bedah untuk caesarean, dengan kuasa Allah, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 Julai 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.

yatt hamzah selamat bersalin, timang cahaya mata lelaki pertama

“Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakbar! Alhamdulillah, Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.. satu-satunya anak lelaki,” tulisnya.

Pelakon itu turut berterima kasih atas doa yang diberikan dalam menyambut kelahiran anak lelakinya.

“Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini. Paling utama doa suami,” katanya.

Terdahulu, Yatt dan pasangan Zulfadhli Khiruddin dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha berusia setahun.

Perkahwinan sebelum ini, Yatt juga dikurniakan seorang anak, Suci Hanania Malika berusia 9 tahun hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.

Sumber: Instagram
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}