Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menetap di LA, Yuna, dipuji netizen selepas turun membantu rakyat Malaysia yang sedang bercuti di sana. Dalam satu post Yuna di Instagram miliknya, Yuna memberitahu dia menerima DM di IG, meminta bantuan apabila satu keluarga ditimpa musibah di sana.
Salah seorang ahli keluarga mereka dimasukkan di hospital di sana. Jadi, Yuna melakukan sebaik mungkin untuk membantu keluarga tersebut memandang kos untuk ulang alik di sana sangat tinggi.


