
Zaman media sosial ni sesiapa sahaja boleh buat fake akaun untuk mengganggu individu tertentu. Penyanyi, Yuna tak terkecuali daripada terkena gangguan seperti ini.
Advertisement
Menurut Yuna melalui Twitternya, dia diganggu oleh orang yang sama sejak setengah tahun yang lalu di Instagram. Walaupun telah diblock dan report, individu tersebut masih lagi meninggalkan komen seksual terhadapnya dengan menggunakan akaun lain.

Peminat ada juga memberi tips kepada Yuna bagaimana dia boleh filter apa yang orang komen di Instagramnya.

Semoga, Yuna dapat penyelesaian terhadap individu yang telah meninggalkan komen yang berbaur lucah walaupun sudah diblock selama 10 kali.
Sumber: Twitter @Yunamusic