Penyanyi popular, Yuna, mendedahkan beliau pernah disuruh untuk membuka tudung oleh segelintir pihak, ketika diawal kemunculannya ketika mahu menjadi penyanyi.

Advertisement
Menurut penyanyi berusia 33 tahun ini, ketika bernaung dibawah sebuah syarikat rakaman, beliau pernah diminta untuk membuka tudung namun tidak menghiraukan perkara itu walaupun kerap diminta berbuat sedemikian.
"Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri.
"Kerap juga saya diminta berbuat demikian, ada juga yang menyuruh saya untuk mendedahkan bahu dan lutut, saya tidak menghiraukannya juga.

"Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di Malaysia, beberapa majalah fesyen ketika itu tidak mahu memilih saya sebagai wajah muka hadapan.
"Sekarang, banyak perkara sudah berubah, saya gembira melihat wanita seperti saya di luar sana dan masyarakat dunia juga lebih menerima wanita seperti saya hari ini,", kata Yuna pada satu hantaran di Instagram.
Perkongsian Yuna ini mendapat respon positif oleh orang ramai.
Sumber: Instagram Yuna