Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Yuna Teruja Kembali Ke Los Angeles, Hari Pertama Bekerja Untuk Album Terbaharu

Penyanyi, Yuna teruja apabila dilihat kembali di Los Angeles (LA) selepas hampir setahun di tanah air akibat pandemik COVID-19.

yuna teruja kembali ke los angeles, hari pertama bekerja untuk album terbaharu

Advertisement

Beliau nekad kembali ke Amerika Syarikat untuk fokus dalam kerjaya muzik dan menyiapkan album terbaharunya buat peminat.

Suaminya, Adam Sinclair juga akan menemani Yuna sepanjang di sana dan menyokong kerjaya isterinya dalam bidang muzik.

yuna teruja kembali ke los angeles, hari pertama bekerja untuk album terbaharu

Yuna ada berkongsi gambar terbaharu di laman Instagramnya ketika hari pertama bekerja sebaik kembali di LA.

“Hari pertama bekerja di LA (Los Angeles),” tulisnya.

Pelantun lagu Dan Sebenarnya ini ada mengatakan keperluan berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan kelancaran pembikinan album baharunya itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini