Penyanyi antarabangsa Yuna menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sering bertungkus-lumus bertugas bagi mengekang penularan wabak maut ini.

Advertisement
Menerusi ciapan akaun Twitternya, Yuna meluahkan rasa sebak apabila melihat sebuah video yang menunjukkan situasi sebenar di wad kecemasan ICU di Hospital Sungai Buloh.
“Kirim salam sayang buat semua petugas barisan hadapan kita! Tolong jaga diri, kekal di rumah semampu mana yang anda boleh. Kes semakin meningkat dan ia menakutkan. #HapusCOVID19,” tulis Yuna di Twitter.
😢🙏🏽 sending love to our hardworking frontliners!! Please stay safe and stay home as much as possible you guys. These numbers are getting scary 😟 #HapusCOVID19 https://t.co/IglzsPzXRM
— YUNA (@yunamusic) May 17, 2021
Video itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Yuna yang rata-rata risau akan kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.
“Allahuakbar. Mudahan diberikan kekuatan pada hati dan jiwa mereka dalam melaksanakan tanggungjawab pada negara,” komen seorang pengikutnya.
“Saya tak dapat membayangkan betapa letihnya mereka,” tulis salah seorang pengikutnya.
Sumber: Twitter Yuna