Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Isteri Saya Tak anggap Kazar Sebagai Besan” - Datuk Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam memaklumkan walaupun anaknya, Syamsul Yusof telah menikahi Ira Kazar, tiada keperluan untuknya bertemu dengan besan barunya, Kazar Saisi. 

Beliau juga memaklumkan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, beliau enggan mengambil tahu dan campur urusan anaknya, Syamsul. 

Advertisement

pnews-space-774d657f3478f9e78299b048707fa227.jpg

Menerusi laporan dari media, ibu Syamsul, Datin Patimah menegaskan bahawa keluarga Kazar bukanlah besannya apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram hantaran berita perihal suaminya dan Kazar dengan menulis “Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia.”

Komen tersebut juga telah mendapat sokongan daripada netizen. Kebanyakan netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Syamsul dan Puteri Sarah.

ERA Muzik Hit Terkini