Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Comel Berlesung Pipit, Zahirah Dan Aiman Timang Cahaya Mata Pertama

Pelakon, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini selamat menjadi ibu dan bapa selepas Zahirah melahirkan bayi pertama mereka pada Selasa lalu.

comel berlesung pipit, zahirah dan aiman timang cahaya mata pertama

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pasangan ini meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak pertama mereka pada jam 2.26 petang, 5 Januari lalu.

comel berlesung pipit, zahirah dan aiman timang cahaya mata pertama

“Alhamdullilah pada 5 Januari 2021 anak lelaki kami yang pertama dilahirkan pada pukul 2:26.

“Kami begitu terharu dengan pengalaman dari wad bersalin sehingga selamat menjadi ayah dan ibu baru.

“Perjalanan ini merupakan rezeki terbesar dan kami sangat gembira dapat merasai setiap saat yang istimewa ini. Syukur Alhamdullilah ️”, tulis Zahirah pada ruangan kapsyen.

Turut disertakan foto dari pipi bayi mereka yang jelas menampakkan lesung pipit.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 dalam satu majlis yang cukup indah di Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini