Pelakon jelita, Zahirah Macwilson baru-baru ini berkongsi gambar bersama pelakon Hollywood kelahiran Israel yang juga pelakon Wonder Woman iaitu Gal Gadot.
Advertisement
Gambar yang dimuat naik di laman instagramnya itu mendapat reaksi dan komen yang negatif malah dilabel sebagai penyokong Yahudi.
Di ruangan komen, terdapat beberapa individu berpendapat bahawa Zahirah tidak patut bergambar bersama Gal Gadot kerana aktres itu merupakan bekas tentera dan aktivis di negaranya.