Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kongsi Saat Buat Surprise Pregnant, Zahirah Titipkan Semangat Kepada Semua Wanita

Pelakon, Zahirah MacWilson kini sedang hamil anak pertamanya bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza.

zahirah macwilson tak kisah saham jatuh lepas dah jadi isteri orang

Advertisement

Berita pengumuman kehamilan pasangan selebriti ini pernah dikongsikan oleh mereka menerusi laman sosial, baru-baru ini.

zahirah macwilson kini hamil 6 bulan, aiman hakim ridza bakal jadi bapa

Terbaru, Zahirah telah mengimbau detik-detik memberikan kejutan berita kehamilan kepada suaminya, menerusi video yang dikongsikan di Instagram.

kongsi saat buat surprise pregnant, zahirah titipkan semangat kepada semua wanita

“Hidup ini penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik 🖤 @aimanhakimridza”

“Ramai orang orang telah mengucapkan tahniah & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang diberikan.”

“Namun, ada juga yang mengirimikan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik..

“Untuk ini, saya meluangkan masa untuk menghargai apa yang telah diberikan oleh Allah SWT dan untuk pesanan ini juga, saya berdoa untuk semua wanita yang menantikan detik ini agar diberikan peluang untuk membawa kehidupan kecil ini ke dunia.

“Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua menjadi ibu suatu hari nanti.

“Percayalah pada waktu-Nya, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari 🖤”, tulis Zahirah pada ruangan kapsyen.

kongsi saat buat surprise pregnant, zahirah titipkan semangat kepada semua wanita

Video penuh berdurasi 16 minit turut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi YouTube dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Aiman dan Zahirah ya!

ERA Muzik Hit Terkini