Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Miliki Suara Hampir Sama, Adik Haqiem Rusli Tak Mahu Dibayangi Abang

Penyanyi Zali Rusli, adik kepada Haqiem Rusli terkesan apabila peminat membandingkan suaranya yang seakan hampir sama dengan abangnya.

Ahmad Al Ghazali Rusli atau mesra disapa Zali, kritikan yang diberikan warganet menjadikan ia pembakar semangat buatnya untuk kekal berada di industri muzik.

Advertisement

miliki suara hampir sama, adik haqiem rusli tak mahu dibayangi abang

Memetik laporan Mstar, Zali akur apabila mempunyai nada suara yang sama dengan abangnya Haqiem Rusli.

“Ada juga rasa geram apabila segelintir orang bandingkan saya dengan Haqiem tapi saya tak hiraukan sangat. Bagi saya, apa yang orang kata tu menjadi pembakar semangat untuk saya lebih berjaya.

“Mungkin nanti apabila saya dah berusia 20 tahun, suara akan berubah menjadi lebih matang,” katanya.

miliki suara hampir sama, adik haqiem rusli tak mahu dibayangi abang

Pelantun lagu Pewangi juga meminta nasihat abangnya dan mengikut jejak langkah Haqiem yang tidak berkongsi foto wanita tanpa menutup aurat.

“Saya juga mungkin akan ikut tindakan Haqiem tidak memuat naik foto perempuan di Instagram tanpa menutup aurat. Sebab apa yang dibuat itu, betul. Kita tak tahu berapa orang yang tengok, kita tanggung dosa tu,” katanya lagi.
 

ERA Muzik Hit Terkini