Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas Video Panas Tular Minggu Lalu, Zarina Anjoulie Deactivate Account IG

Pelakon, Zarina Anjoulie hangat menjadi bualan dilaman sosial Instagram dan Twitter sejak minggu lalu kerana foto dan video panasnya yang tular.

Dipetik dari Gempak, akaun Instagram milik pelakon ini gagal dikesan dan dipercayai telah lenyap daripada platform media sosial.

Advertisement

selepas video panas tular minggu lalu, zarina anjoulie deactivate account ig

Namun sebelum memadamkan akaun, Zarina sempat memuatnaik satu permohonan maaf atas tindakannya yang juga telah mengecewakan mereka.

"Salam sayang, hai semua nak cakap terima kasih untuk sokongan, nasihat dan maki-maki.

"Walau maki pun saya tahu jauh di lubuk hati anda betul-betul ikhlas tegur. Cuma cara masing-masing lain.

"Tapi saya tahu niat anda semua baik.

"Maaf pada sesiapa yang hampa dan terima kasih pada yang sudi memberikan peringatan. Sangat-sangat menghargainya,"
tulis Zarina.

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju sebelum ini menerima kritikan dan kecaman daripada netizen selepas Anju nekad membuka hijab dan menayangkan rambut berbanding imej lamanya sebelum ini.

ERA Muzik Hit Terkini