Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zeera Azizi Pertahan Neera, Minta Netizen Henti Kecaman Berlebihan - “Kekhilafan Itu Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Sahaja di Muka Bumi Ini, Tak Kira Siapa Pun…”

zeera azizi pertahan neera, minta netizen henti kecaman berlebihan - “kekhilafan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di muka bumi ini, tak kira siapa pun…”Foto: Instagram

Kakak kepada Neera Azizi, Zeera Azizi tampil bersuara menerusi hantaran di Threads bagi mempertahankan adiknya susulan isu video ‘gender reveal’ yang tular sebelum ini. Zeera meluahkan rasa terkilan apabila melihat kecaman dan penghinaan yang diterima Neera seolah-olah adiknya dianggap melakukan kesalahan paling besar.

Advertisement

Dalam kenyataannya, Zeera menjelaskan kehadiran mereka sekeluarga ke Tanah Suci adalah hasil tajaan penuh daripada Neera sendiri, tanpa sebarang bayaran diminta. Malah, perkara itu bukan kali pertama dilakukan oleh adiknya.

“Keberadaan saya di Tanah Suci ini juga atas rezeki adik saya yang membayar kami sekeluarga ke sini tanpa meminta sesen pun. Dan ini bukan kali pertama dia sponsor kami sekeluarga,” katanya.

Zeera turut mendedahkan ibu dan bapa mereka telah tiga kali menunaikan umrah hasil tajaan penuh Neera. Justeru, menurutnya, sekurang-kurangnya Neera telah melaksanakan tanggungjawab besar sebagai seorang anak dan adik dengan penuh keikhlasan.

Mengulas mengenai insiden yang mencetuskan kontroversi, Zeera mengakui apa yang berlaku adalah satu kekhilafan. Namun, beliau menegaskan niat sebenar adiknya dan suami bukan untuk mencipta kandungan semata-mata, sebaliknya hanya ingin berkongsi kegembiraan kerana mereka dipertemukan di Tanah Suci.

“Benar, apa yang terjadi itu salah, tapi semua itu bukan sengaja dilakukan atas niat ‘for the sake of content’. Mereka berdua hanya manusia biasa,” jelasnya.

Zeera turut menyentuh isu kecaman melampau sehingga ada pihak mendesak agar suami Neera dibuang kerja sebagai mutawwif. Baginya, tindakan sedemikian tidak adil dan melampaui batas.

“Jadi siapa kita untuk menutup periuk nasi seseorang? Kekhilafan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di muka bumi ini, tak kira siapa pun,” katanya lagi.

Sebagai seorang kakak, Zeera menyatakan rasa bangga terhadap Neera yang disifatkan berhati mulia dan tidak berkira dalam membantu keluarga. Beliau juga memuji adik iparnya yang walaupun masih muda, telah banyak berkongsi ilmu dan kebaikan dengan keluarga mereka.

Pada akhir kenyataan, Zeera menyeru orang ramai agar menghentikan kecaman dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran, bukannya bahan untuk menghina. Beliau mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada dosa dan kekhilafan.

“Kita semua tak lari daripada berbuat dosa, tapi sama-sama kita perbaiki diri, perbaiki akhlak dan perbaiki solat,” katanya sebelum mengakhiri kenyataan dengan doa agar semua yang membaca hantaran tersebut diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini