Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zendaya dan Tom Holland Didakwa Sudah Berkahwin? Stylist Pecah Lubang - “You Missed It…”

zendaya dan tom holland didakwa sudah berkahwin? stylist pecah lubang - “you missed it…”Foto: Teen Vogue

Pereka gaya terkenal, Law Roach mendakwa pasangan pelakon Hollywood, Zendaya dan Tom Holland sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Ketika ditemui Access Hollywood di karpet merah Actor Awards 2026 pada 1 Mac lalu, Roach yang sekian lama menjadi stylist Zendaya berkata,

“The wedding has already happened,” sambil berseloroh, “You missed it.”

Apabila ditanya sama ada kenyataan itu benar, Roach menjawab,

“It’s very true!” sambil ketawa.

Setakat ini, wakil kepada kedua-dua pelakon berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Spekulasi mengenai hubungan mereka mula hangat diperkatakan ketika Anugerah Golden Globe 2025 pada 5 Januari lalu apabila Zendaya, 29, dilihat memakai cincin berlian di jari manis tangan kiri.

Sehari kemudian, TMZ melaporkan pasangan itu sudah bertunang dengan memetik sumber terdekat mereka.

Pada hari sama, satu sumber memaklumkan kepada PEOPLE bahawa pelakon The Crowded Room itu telah lama merancang untuk melamar kekasihnya yang juga bintang filem Challengers.

zendaya dan tom holland didakwa sudah berkahwin? stylist pecah lubang - “you missed it…”Foto: INQ

“He's always been crazy about her. He always knew she was the one,” kata sumber tersebut sambil menambah, “They have something very special.”

Pada September 2025, Holland secara tidak langsung mengesahkan pertunangan itu ketika membetulkan kenyataan seorang wartawan yang merujuk Zendaya sebagai teman wanitanya dalam satu acara panel.

Dalam rakaman yang tular di platform X, wartawan tersebut berkata,

“I brought my daughter and she got to meet your girlfriend.”

Holland kemudian ketawa sebelum membetulkan dengan satu perkataan ringkas,

“Fiancée.”

Zendaya dan Holland yang terkenal dengan sikap menjaga privasi, mula dikaitkan sebagai pasangan seawal 2016 ketika sama-sama membintangi Spider-Man: Homecoming. Namun pada waktu itu, kedua-duanya menegaskan hubungan mereka sekadar persahabatan.

Pada Julai 2017, sumber dalaman memaklumkan mereka mula menjalin hubungan cinta ketika penggambaran filem tersebut berlangsung.

zendaya dan tom holland didakwa sudah berkahwin? stylist pecah lubang - “you missed it…”Foto: British Vogue

“They started seeing each other while they were filming Spider-Man. “They've been super careful to keep it private and out of the public eye but they've gone on vacations with each other and try and spend as much time as possible with one another,” kata sumber itu.

Sumber lain turut menyatakan kedua-duanya saling mencabar dan berkongsi selera humor yang sama.

“They're both really ambitious and they challenge each other. But most importantly, they make each other crack up,” ujar sumber berkenaan.

Hubungan mereka akhirnya disahkan pada 2021 selepas pelakon Euphoria dan Avengers: Endgame itu dirakam bercumbu di dalam kereta.

Dalam temu bual bersama GQ pada November tahun yang sama, Holland mengakui cabaran terbesar sebagai pasangan selebriti adalah soal privasi.

zendaya dan tom holland didakwa sudah berkahwin? stylist pecah lubang - “you missed it…”Foto: HOLA

“One of the downsides of our fame is that privacy isn't really in our control anymore. A moment that you think is between two people that love each other very much is now a moment that is shared with the entire world,” katanya.

Zendaya turut berkongsi pandangan sama dalam wawancara tersebut.

“When you really love and care about somebody, some moments or things, you wish were your own. I think loving someone is a sacred thing and a special thing,” jelasnya.

Dalam temu bual bersama Elle yang diterbitkan pada 23 Ogos 2023, Zendaya mengakui dia kini semakin belajar menerima hakikat bahawa hubungannya dengan Holland sentiasa mendapat perhatian umum.

“I can’t not be a person and live my life and love the person I love. It’s about protecting the peace and letting things be your own but also not being afraid to exist,” jelasnya.

Menurutnya, dia enggan membiarkan perhatian luar menghalang dirinya daripada menikmati hubungan tersebut sepenuhnya.

Sumber: People.com

ERA Muzik Hit Terkini