
Semalam dunia hiburan dikejutkan dengan berita penahanan suami kepada penyanyi popular Ziana Zain atas tuduhan mencederakan anak mereka sehingga lebam pada 4 pagi, 25 Februari yang lalu.
Advertisement
Pastinya semua pihak mencari Ziana bagi menceritakan apa yang berlaku.
"Saya perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah," katanya ketika dihubungi BH Online.
Armin, 53, yang juga tidak bekerja bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan hanya ingin mengajar anaknya mengaji dan solat.
Majistret, Raja Noor Adilla menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin selepas Armin membuat rayuan. Namun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kredit: BH Online
