Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mirip Ayda Jebat, Zizan Razak Perkenal Pemilik Suara Bersama Dalam Lagu Baru

Zizan Razak baru-baru ini mendedahkan penyanyi sebenar bersamanya dalam lagu terbaharu, Kau Tak Kan Tahu, iaitu Melda Ahmad.

mirip ayda jebat, zizan razak perkenal pemilik suara bersama dalam lagu baru

Advertisement

"Assalamualaikum semua. Kepada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi Kau Takkan Tahu. Jadi hari ini Zizan kenalkan inilah orang yang bersuara merdu itu @meldahmad sopan santun budi pekerti lagi. 

"Doakan supaya beliau dimurahkan rezeki lagi. Amin," tulisnya.

Lagu dan muzik video Kau Takkan Tahu dilancarkan pada Jumaat lalu kini mendapat hampir 400,000 tontonan dan kini trending di Youtube Malaysia.

Penyanyi Melda Ahmad juga pernah mencipta nama sekitar tahun 2010 ini pernah mempunyai lagu berjudul Kimia, Putus, dan Aku Adalah Aku.

Sementara ramai yang memuji suara penyanyi ini, ada juga yang mengatakan penyanyi itu mempunyai wajah iras-iras Ayda Jebat.

Sumber: Instagram @zizanrazak869

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini