Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Zizan Razak Kongsi Detik Sebak Sebelum Umrah, Janji Doakan Peminat

[video] zizan razak kongsi detik sebak sebelum umrah, janji doakan peminat

Foto: Instagram

Advertisement

Pelawak, pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak berkongsi khabar gembira apabila beliau berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibunya, abang serta beberapa ahli keluarga terdekat. Perjalanan spiritual itu disifatkan Zizan sebagai satu rezeki besar yang tidak disangka-sangka.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

Menurut Zizan, kesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama insan-insan paling dicintai merupakan momen yang sangat bermakna dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah… Saya berpeluang membawa mak dan abang untuk menunaikan umrah kali ini. Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan ibadah kami diterima,” ujarnya.

Bintang kelahiran Dungun itu juga tidak lupa menitipkan doa dan harapan buat para peminat serta rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya sejak awal pembabitan dalam industri seni.

[video] zizan razak kongsi detik sebak sebelum umrah, janji doakan peminat

Foto: Instagram

“Saya mohon doa semua. Semoga perjalanan saya dipermudahkan dan sepanjang proses umrah dipermudahkan. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap daripada saya. Insya-Allah, saya pun akan doakan kalian.”

Video yang dikongsikan di media sosial memaparkan Zizan bersama ahli keluarganya yang menghantar mereka berangkat.

Pemergian ini turut menerima ratusan komen positif daripada peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar perjalanan Zizan sekeluarga dipermudahkan serta dipenuhi keberkatan.

Zizan sebelum ini sering berkongsi hasrat membawa ibu tercinta menunaikan umrah dan kali ini impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

Semoga perjalanan Zizan Razak sekeluarga diberkati, serta ibadah mereka diterima Allah SWT. Amin.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini