Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rasmi! Zizan Razak Sebagai Hos Ke-3 AME2020 Gantikan Alif Satar

Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) akan kembali pada Ahad ini, 20 Disember 2020, jam 9 malam, selepas ia ditunda ekoran daripada pandemik COVID-19.

Pada awal tahun ini, pihak MeleTOP dan ERA telahpun mengumumkan Alif Satar sebagai hos bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse di AME2020.

Advertisement

Bagaimanapun, mengambil berat akan tahap kesihatan Alif yang baru sahaja pulih daripada COVID-19, Alif tepaksa mengundurkan diri dan tempatnya sebagai pengacara bersama akan digantikan oleh seseorang.

Pengumuman dibuat secara langsung menerusi segmen Johara Pagi ERA, dan individu tersebut adalah seorang pelawak, pengacara dan penyanyi, Zizan Razak.

rasmi! zizan razak sebagai hos ke-3 ame2020 gantikan alif satar

Rata-rata peminat tidak sabar untuk menyaksikan gandingan ketiga-tiga hos AME2020 yang akan bersiaran secara langsung Ahad ini, 20 Disember jam 9 malam di Astro RIA, RIA HD dan Astro UHD 780, serta di Astro Go.

rasmi! zizan razak sebagai hos ke-3 ame2020 gantikan alif satar

ERA Muzik Hit Terkini