Zizan Razak, 34, berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan, mesti pun seringkali diajukan soalan berkenaan.

Advertisement
Dipetik daripada Astro Gempak, Zizan kini sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap kariernya dan dia perlu bersedia sepenuhnya jika mahu berkahwin.
"Ya, memang saya sibuk bekerja, bak kata orang 'bekerjalah seperti kita tak akan mati, dan solatlah seperti kita akan mati sebentar lagi', namun saya tak menafikan ada berfikir soal perkahwinan.
"Bagi saya, perkahwinan bukan satu perkara mudah, saya perlu betul-betul bersedia.
"Saya harus mengikut kata hati dan perasaan, bukan ikut orang, tak semestinya bila jiran saya kahwin, saya pun terus kena kahwin," seloroh Zizan.
Sumber: Astro Gempak
