Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pernah Jadi Ustazah, Zizi Kirana Mahu Berubah Imej Lebih Baik Tapi …

Penyanyi, Zizi Kirana memberitahu bahawa beliau ingin membuang imejnya yang seksi suatu hati nanti dan ingin menutup aurat dan mengenakan hijab.

pernah jadi ustazah, zizi kirana mahu berubah imej lebih baik tapi …

Advertisement

“Siapa cakap saya tidak mahu berubah? Mungkin sekarang, saya belum dapat hidayah, tetapi kita tidak tahu akan datang. Siapa tahu, saya akan berubah apabila berkahwin dan mempunyai anak? Walaupun seksi, saya bukan wanita liar”.

Zizi Kirana sebelum ini pernah menjadi seorang ustazah yang mengajar kanak-kanak mengaji, turut mengimpikan ciri-ciri suami yang pandai mengaji Al-Quran dan mampu membimbingnya.

pernah jadi ustazah, zizi kirana mahu berubah imej lebih baik tapi …

“Ia menjadi antara 14 syarat utama saya dalam mencari bakal suami. Tidak dinafikan, sukar untuk mencari lelaki yang pandai mengaji al-Quran ketika ini. Jika tidak pandai mengaji, awal lagi saya sudah tolak”

“Syarat lain, dia juga bukan kaki pusat hiburan dan pemabuk, selain bebas daripada anasir dadah. Saya tidak mahu terima lelaki seperti itu kerana ia menyebabkan rumah tangga kucar-kacir”

“Saya mahu berubah dengan ikhlas, bukan dipaksa. Mengenakan hijab memerlukan keikhlasan hati dan apabila sampai masanya, saya akan buang dahulu imej seksi. Jujurnya, saya mahu bertudung, suatu hari nanti, insya-Allah,”, katanya pada portal Rotikaya.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini