Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘‘Syukur Belum Kahwin,’’ Zul Ariffin Perlukan Wanita Tak Kongkong

Pelakon, Zul Ariffin berkata, beliau memerlukan wanita yang faham dirinya yang sangat mengutamakan kerjaya, dan tak suka dikongkong dalam perhubungan.

‘‘syukur belum kahwin,’’ zul ariffin perlukan wanita tak kongkong

Advertisement

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, beliau juga bersyukur hingga kini masih belum berkahwin dan tiada masalah untuk hidup bujang kerana masih boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya.

Tambah Zul lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, beliau terkejut dengan paparan kisah rumah tangga yang berdepan dengan masalah ketika pandemik berkenaan.

‘‘syukur belum kahwin,’’ zul ariffin perlukan wanita tak kongkong

Sebelum ini, timbul ura-ura berkenaan kisah kekasih Zul yang bukan dalam kalangan selebriti, malah juga bukan seorang yang beragama Islam. Malah, Julai lalu, beliau pernah mengeluarkan kenyataan untuk menunda perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Bagaimanapun, Zul yang sangat berahsia mengenai perhubungannya berkata, beliau faham 'si dia' dan tiada halangan untuk menunda perkahwinan mereka.

Sumber: Metro

ERA Muzik Hit Terkini