Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zul Ariffin Nafi Diri Dalam Video Panas, Akui Ia Adalah Suntingan Deepfake!

Baru-baru ini, tular satu klip video lucah menunjukkan wajah mirip seorang pelakon popular di Malaysia iaitu Zul Ariffin.

zul ariffin nafi diri dalam video panas, akui ia adalah suntingan deepfake!

Advertisement

Video yang mula tular dilaman Twitter ini dikaitkan dengan beliau kerana mempunyai raut wajah yang hampir sama.

Namun begitu menurut pelakon berusia 33 tahun ini, beliau mengakui bahawa kini menjadi mangsa kepada suntingan video deepfake.

Menurutnya, beliau juga tidak menyangka suntingan ini boleh terjadi dan tidak melatah kerana nama-nama terkenal dunia seperti Mark Zuckerberg juga pernah menjadi mangsa deepfake.

zul ariffin nafi diri dalam video panas, akui ia adalah suntingan deepfake!

Beliau juga menasihatkan agar selebriti dan artis lain untuk berhati-hati dimasa akan datang.

Deepfake pernah menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial dan kini boleh dimuat turun secara percuma di telefon bimbit.

Beliau juga didapati telah memadamkan akaun Instagramnya sejak semalam.

ERA Muzik Hit Terkini