Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zulin Aziz Gesa Pempengaruh Media Sosial Untuk Bersuara Isu Palestin

Pelakon popular Zulin Aziz berani menyuarakan pendapat beliau untuk menyebarkan kesedaran mengenai isu pergolakkan yang berlaku buat saudara islam kita di Palestin.

Namun Zulin juga terus membuat satu hantaran melalui laman media sosial peribadinya dengan menyeru para pempengaruh media sosial untuk tidak kekal berdiam diri mengenai isu ini dan menyebarkan isu ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Advertisement

Katanya seseorang pempengaruh itu haruslah memanfaatkan pengaruh yang mereka ada demi menyebarkan kebaikan.

“Tapi minta jasa baik awak-awak yang ada followers banyak tu sebarkan. Sebab awak-awak ni ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh, dik” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Zulin, tindakan ini boleh dijadikan usaha untuk menentang fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak Israel dan sekutu-sekutunya.

Semoga teguran ini dapat membuka mata ramai pihak mengenai isu ini.

Sumber Awani

ERA Muzik Hit Terkini