Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahniah! Anak Selebriti Buktikan Kecemerlangan dalam SPM 2025

Foto: Instagram

Walaupun sering dikenali kerana latar belakang keluarga, anak-anak selebriti ini membuktikan kejayaan dalam akademik tetap bergantung kepada usaha dan disiplin.

Advertisement

Keputusan cemerlang yang diraih dalam SPM 2025 jelas mencerminkan komitmen tinggi mereka terhadap pelajaran.

Foto: Instagram

1.⁠ ⁠Alyssa Dezek

Pada usia 18 tahun, Alyssa mencatat pencapaian membanggakan apabila memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini. Lebih mengagumkan, kejayaan tersebut diraih meskipun jadual seninya yang padat.

Sokongan berterusan daripada keluarga, guru serta pasukan sekeliling turut memainkan peranan penting dalam kejayaannya. Kini, Alyssa bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi muda, malah menjadi inspirasi kepada remaja bahawa kecemerlangan akademik dan kerjaya boleh dicapai seiring dengan usaha berterusan.

Foto: Instagram

2.⁠ ⁠Syed Rezaqiib Syed Kamaruzaman

Anak kepada penyanyi Linda Rafar dan Syed Aiman ini berjaya meraih 9A dalam SPM 2025. Sebagai tanda penghargaan, ibunya berhasrat menghadiahkan sebuah kereta atas pencapaian tersebut.

Linda meluahkan rasa bangga melihat kesungguhan anaknya yang sanggup mengurangkan aktiviti tidak penting demi memberi fokus sepenuhnya kepada pelajaran.

Foto: Instagram

3.⁠ ⁠Muhammad Iman

Anak kepada Aidid Marcelo ini memperoleh keputusan 8A 1B dalam peperiksaan berkenaan. Aidid berkongsi rasa syukur atas kejayaan tersebut di media sosial.

Perjalanan akademiknya bukan mudah apabila pernah menyambung pengajian di pusat tahfiz selama kira-kira setahun setengah sebelum kembali ke sekolah untuk meneruskan pelajaran.

Foto: Instagram

4.⁠ ⁠Ariana Buswani

Ariana, anak kepada penyanyi Sharifah Zarina, turut mencuri perhatian apabila berjaya memperoleh keputusan 8A dan 1B+ dalam SPM 2025. Pencapaian ini menunjukkan kesungguhan dan komitmennya dalam menyeimbangkan kehidupan sebagai anak figura dikenali dengan tanggungjawab sebagai pelajar.

Kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi bukti bahawa fokus dan disiplin mampu membawa hasil cemerlang tanpa mengira latar belakang.

Foto: Instagram

5.⁠ ⁠Ferra

Ferra, anak kepada pelakon Fiza Halim, juga tidak ketinggalan apabila mencatat keputusan 9A dalam peperiksaan berkenaan. Pencapaian itu sekali gus meletakkannya sebaris dengan pelajar cemerlang lain dalam kalangan anak selebriti.

Usaha gigih serta dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran akhirnya membuahkan hasil, sekali gus membanggakan ibu dan seluruh keluarga.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini