Skip to main content

Advertisement

Berita

Juruteknik Didakwa Bunuh Penunggang Motosikal di Klang, Berdepan Hukuman Mati di Bawah Seksyen 302

Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal dalam satu insiden tragis di Jalan Raya Barat, Ahad lalu.

Tertuduh, R. Saktygaanapathy, 28, yang hadir tanpa diwakili peguam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian mangsa, Amirul Hafiz Omar, 33. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.47 pagi pada 29 Mac lalu di Jalan Raya Barat.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan bahawa sekiranya tertuduh tidak dijatuhi hukuman mati, hukuman alternatif termasuk sebatan tidak kurang daripada 12 kali juga boleh dikenakan.

ERA Muzik Hit Terkini