Skip to main content

Advertisement

Berita

Kunjungan Henry Golding Ke Parlimen Jadi Perhatian Netizen, Bincang Inisiatif Komuniti Sarawak

Foto: Instagram

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding, menjadi perhatian apabila tampil mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia bagi menghadiri satu sesi perbincangan bersama pihak berkaitan.

Advertisement

Menerusi perkongsian rasmi di media sosial Parlimen, beliau dilihat bertemu dengan Nur Jazlan Mohamed dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai namun bermakna.

“YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini telah menerima kedatangan pelakon dan ikon antarabangsa yang juga merupakan anak Iban kelahiran Betong, Sarawak, Encik Henry Golding,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam sesi itu, antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan untuk memperkasa pembangunan komuniti, khususnya di kawasan luar bandar Sarawak.

 

 

 

“Beberapa perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini, antaranya cadangan untuk diadakan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar di Sarawak.

“Dalam usaha menyuntik elemen merakyatkan Parlimen, En. Henry Golding juga telah dibawa melawat ke dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat,” jelas perkongsian berkenaan.

Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada Henry untuk melihat sendiri perjalanan institusi legislatif negara serta memahami peranan Parlimen dengan lebih dekat.

Untuk rekod, Henry Golding berasal dari Betong, Sarawak dan mula dikenali di peringkat global selepas membintangi filem Crazy Rich Asians. Sejak itu, beliau terus aktif dalam industri perfileman antarabangsa.

Kehadirannya di Parlimen nyata mencetuskan keterujaan ramai, apatah lagi melihat figura global itu tampil membawa idea berkaitan pembangunan komuniti di tanah air sendiri.

Sumber: Instagram @parlimenmalaysia

ERA Muzik Hit Terkini