Artikel ini ditaja oleh Wonda Coffee Malaysia
Ada kemenangan yang satu Malaysia tahu. Ada juga pencapaian yang cukup membanggakan, tetapi ceritanya mungkin terlepas daripada perhatian ramai.
Korang tahu tak Malaysia sebenarnya pernah menang emas dalam acara demonstrasi tarik tali di Sukan SEA Thailand 2025?
Di sebalik kemenangan itu ialah GeramBeat, pasukan yang dianggotai empat wanita dari Sabah; Doris Ng Lee Chu (38), Noveny Viannie (26), Victoria Martin (51) dan Lisa Lawrence (29). Mereka beraksi dalam acara demonstasi Tarik Tali Wanita 4x4 250kg di Sukan SEA Thailand 2025 dan berjaya membawa pulang emas daripada acara tersebut.
Walaupun tarik tali dipertandingkan sebagai acara demonstrasi dan bukan acara pingat rasmi Sukan SEA, pencapaian mereka tetap sesuatu yang boleh kita banggakan.
Yang lebih menarik, kisah GeramBeat bukan bermula dengan empat atlet profesional…
Empat Wanita, Empat Kehidupan Berbeza
Di luar sukan, masing-masing mempunyai kehidupan dan tanggungjawab sendiri.
Doris bekerja dalam bidang Sales & Marketing, Noveny pula seorang Forwarding Executive, Lisa bekerja sebagai Administrative Officer, manakala Victoria, pada usia 51 tahun, merupakan seorang suri rumah dan petani.
Umur mereka berbeza. Latar belakang mereka juga berbeza.
Tetapi ada satu perkara yang menemukan mereka; minat terhadap sukan tarik tali.
Dan dalam sukan ini, kekuatan seorang individu sahaja tidak cukup.
Setiap ahli mempunyai posisi dan peranan tersendiri. Ada yang menjadi Breaker, Engine dan Anchor. Untuk bergerak sebagai satu pasukan, mereka perlu memahami kekuatan masing-masing, percaya antara satu sama lain dan paling penting, menarik ke arah yang sama.
Daripada latihan di Sabah, perjalanan itu akhirnya membawa GeramBeat sehingga ke pentas Sukan SEA Thailand. Sesuatu yang mungkin mereka sendiri tidak pernah bayangkan ketika mula-mula menceburi sukan ini.
Kisah Yang Akhirnya Diceritakan Kepada Lebih Ramai Rakyat Malaysia
Kisah GeramBeat inilah yang kini dibawa kepada lebih ramai rakyat Malaysia menerusi WONDA Kopi Tarik, sempena kempen Merdeka dan Hari Malaysia mereka, “Tarik Malaysians Together”.
Menerusi filem utama kempen tersebut, rakyat Malaysia dibawa mengenali bukan sahaja pencapaian GeramBeat, tetapi juga wanita di sebalik pasukan itu; kehidupan mereka, latihan, cabaran serta semangat yang membawa mereka sejauh ini.
Dan kalau difikirkan, memang ada sesuatu tentang kisah mereka yang cukup dekat dengan semangat “Tarik Malaysians Together”.
Empat wanita yang berbeza. Empat kekuatan dan peranan yang berbeza. Tetapi apabila semuanya menarik bersama-sama, mereka bergerak sebagai satu.
Semangat “Tarik Malaysians Together” Diteruskan Di Keretapi Sarong
Semangat #KitaTarikBersama tidak terhenti di skrin.
Dan semangat itu tidak terhenti di skrin.
Bersempena Hari Malaysia pada 16 September, WONDA Kopi Tarik akan meneruskan momentum dan semangat “Tarik Malaysians Together” di Keretapi Sarong 2026.
Bermula di Stesen LRT Subang Jaya, korang boleh mulakan perjalanan Keretapi Sarong bersama WONDA dengan persembahan secara langsung, aktiviti interaktif, exclusive WONDA merch dan pelbagai aktiviti lain sebelum naik tren bersama-sama menuju ke TRX.
So kalau korang dah ada plan nak turun ke Keretapi Sarong bersama family atau kawan-kawan, singgah dulu WONDA di Stesen LRT Subang Jaya dan mulakan sambutan Hari Malaysia korang dari sana.
16 September ni, jom kita tarik bersama. WONDA Kopi Tarik- Tarik Malaysians Together.
Check out Instagram rasmi WONDA Coffee untuk info lanjut.