Skip to main content

Advertisement

Technology & Innovation

Justin Bieber Dikecam Peminat Selepas Persembahan di Coachella Dianggap Hambar dan Kurang Bertenaga

Foto: Instagram

Persembahan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber di festival Coachella mencetuskan kekecewaan dalam kalangan peminat apabila dia dilihat tidak mencapai jangkaan sebagai pentas utama acara besar tersebut.

Advertisement

Bieber yang tampil dalam slot lewat malam dilihat lebih banyak berada dalam mood santai sepanjang persembahan, sekali gus menimbulkan perdebatan mengenai tahap tenaga dan penglibatannya di atas pentas.

Dia membuka persembahan dengan lagu “All I Can Take” dalam suasana minimalis, namun cara persembahan yang lebih fokus kepada visual dan kurang interaksi dengan penonton membuatkan sebahagian peminat berasa kurang terhibur.

Lebih mengecewakan peminat, lagu ikonik “Baby” yang menjadi antara sebab utama penonton hadir hanya dipersembahkan selepas hampir satu jam set bermula.

Sepanjang persembahan, Bieber juga didakwa kurang berkomunikasi dengan penonton yang memenuhi kawasan festival, sebaliknya lebih banyak menumpukan perhatian kepada skrin serta membuat perubahan set secara spontan.

Situasi itu turut diperhatikan apabila beliau dilihat seolah-olah doomscrolling dan menghabiskan masa di hadapan skrin antara segmen lagu, sesuatu yang menjadi bahan perbualan di media sosial.

Kemunculan tetamu seperti The Kid LAROI sedikit menceriakan persembahan apabila mereka berduet menerusi lagu “Stay”, namun momentum itu tidak bertahan lama.

Persembahan kemudiannya kembali perlahan apabila Bieber memilih untuk membawakan segmen akustik yang lebih tenang sebelum mengimbau era awal kerjayanya dengan memaparkan video lama di skrin pentas.

Walaupun segmen nostalgia itu menyentuh emosi sesetengah peminat, masih ramai tetap berpendapat persembahan keseluruhan kurang konsisten dan tidak mencapai standard sebagai pentas utama Coachella.

Bieber menutup persembahan dengan lagu “Daisies” disertai pertunjukan bunga api, namun ia tidak cukup untuk mengubah pandangan segelintir peminat yang menyifatkan set tersebut sebagai antara yang paling lemah dalam penampilannya di festival besar.

Sumber: Entertainment Weekly

ERA Muzik Hit Terkini