
Foto: Instagram
Pelakon, Eyka Farhana bersama suaminya, pemain bola sepak Akhyar Rashid bakal menimang cahaya mata sulung lelaki dalam masa terdekat.
Advertisement
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Eyka menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada petang Ahad dalam suasana sederhana tetapi meriah bersama insan terdekat.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Eyka meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka.
“Syukur Alhamdulillah it’s a…,” tulisnya ringkas, namun cukup menggambarkan keterujaannya.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.
Rata-rata mendoakan agar segala urusan kehamilan Eyka dipermudahkan sehingga saat kelahiran nanti.
Sebelum ini, sekitar Februari lalu, Eyka mengumumkan kehamilannya menerusi satu video sesi fotografi bersama suami di tepi pantai, sekali gus mengejutkan peminat dengan berita tersebut.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024. Kini, pasangan itu dilihat semakin teruja menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga kecil mereka.
Sumber: Instagram