Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Ana Nayla Nama Diberi “Cantiknya Mata Dia, Comel”

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah dan nama bayi mereka kepada umum selepas seminggu kelahiran zuriat mereka.

ayda jebat dan nabil mahir dedah wajah anak, ana nayla nama diberi “cantiknya mata dia, comel”

Menerusi hantaran di laman Instagram Ayda Jebat, dia juga membuka akaun Instagram rasmi untuk anaknya dan berkongsi nama cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla.

Advertisement

“Ana Nayla Ahmad Nabil @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncle dan aunty! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty.

“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik” katanya.

ayda jebat dan nabil mahir dedah wajah anak, ana nayla nama diberi “cantiknya mata dia, comel”

Rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan buat anak mereka dan ramai yang terpesona dengan kecomelan mata anaknya itu.

Ana selamat dilahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin pada 21 September menerusi kaedah pembedahan.

Terdahulu, pasangan serasi Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari awal tahun ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini