Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sempena Birthday Ke-27, Ayda Jebat Bagi Hadiah Pada Semua Peminat

Semalam, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah menyambut hari kelahirannya yang ke-27.

sempena birthday ke-27, ayda jebat bagi hadiah pada semua peminat

Advertisement

Apa yang berbezanya adalah, penyanyi ini telah memberikan ‘hadiah’ kepada semua peminatnya menerusi lagu baru, Mana Ada Hari (Yang Ingin Trus Disakiti).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

"Selalunya, saya mendapat hadiah dari peminat sempena hari lahir saya, tetapi tahun ini saya lakukan sesuatu yang berbeza dengan menghadiahkan single balada kepada peminat.

"Peminat sudah lama menantikan saya muncul dengan karya sebegitu dan lagu terbabit merupakan dedikasi istimewa saya kepada mereka.

"Biarpun sebelum ini saya muncul dengan Bagaikan Pelangi serta lagu Pinjamkan Hatiku duet bersama Adi Priyo dan ia mendapat sambutan positif, saya masih menerima permintaan peminat untuk muncul dengan lagu balada," 
kata Ayda Jebat.

Lagu ini juga akan menjadi lagu tema bersiri lakonan Ayda, iaitu Asalkan Dia Bahagia.

Sumber: Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini