
Foto: Instagram
Nama pelakon Hollywood, Anne Hathaway kembali menjadi bualan ramai selepas satu klip temu bualnya tersebar luas di media sosial.
Advertisement
Dalam sesi bersama majalah People itu, pelakon yang terkenal menerusi filem The Devil Wears Prada tersebut menyebut perkataan “Insya-Allah”, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya umat Islam.
Ketika berkongsi tentang kehidupannya yang kini memasuki usia 40-an, Anne menyatakan harapannya untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan panjang.
“Saya cuma mahu menikmati hidup. Saya inginkan kehidupan yang panjang dan sihat. Insya-Allah. Saya berharap ia menjadi kenyataan,” ujarnya.
Susulan itu, timbul spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya-tanya sama ada pelakon berkenaan telah memeluk agama Islam.
Hollywood star Anne Hathaway has drawn attention online after using the phrase 'Inshallah' during a recent interview promoting her new movie The Devil Wears Prada 2.
Namun begitu, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa penggunaan frasa “Insya-Allah” itu tidak semestinya membawa maksud beliau telah memeluk Islam, sebaliknya sekadar penggunaan ungkapan bahasa Arab yang semakin biasa digunakan secara meluas.
Dalam perkembangan lain, Majalau People turut menamakan Anne sebagai wanita tercantik dunia bagi tahun 2026.
Pada masa sama, beliau kini sedang aktif mempromosikan filem terbaharunya, The Devil Wears Prada 2 yang dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 30 April ini.
Sumber: TikTok @TheNationalNews