Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Intan Najuwa Bakal Timang Cahaya Mata Kedua - “Keluarga Kecil Kami Semakin Membesar…”

intan najuwa bakal timang cahaya mata kedua - “ keluarga kecil kami semakin membesar…”Foto: Instagram

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi berita penuh makna apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.

Advertisement

Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon berkenaan bukan sahaja memaklumkan mengenai kehamilannya, malah turut berkongsi keterujaan apabila puteri sulungnya, Imane Lunara bakal menyandang gelaran kakak dalam masa terdekat.

Menurut Intan, kehadiran cahaya mata baharu itu bakal melengkapkan lagi keluarga kecil yang dibina bersama suami.

“Lunara akan jadi kakak. Keluarga kecil kami semakin membesar dan kami akan jadi berempat,” tulisnya ringkas namun sarat dengan rasa syukur.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

 

Dalam hantaran sama, Intan memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya memegang imej imbasan kandungan sebagai tanda kenangan fasa kehamilan tersebut.

Lebih mencuri perhatian apabila Lunara turut sama memegang gambar imbasan berkenaan, seolah-olah memahami kehadiran adik yang bakal menyertai keluarga mereka tidak lama lagi.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang mendoakan agar segala urusan kehamilan Intan dipermudahkan.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Kini, dengan berita kehamilan kedua ini, keluarga kecil mereka bakal bertambah seorang lagi ahli dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini