Ratusan burung mati disebabkan ketakutan akibat daripada bunga api yang dilancarkan pada Malam Tahun Baru di Itali, baru-baru ini.

Bangkai burung itu itu memenuhi jalan-jalan di Rom, Itali setelah sambutan malam itu, meskipun terdapat larangan bunga api.
Advertisement
Rakaman kawasan berhampiran stesen kereta api utama di Roma Termini, menunjukkan bangkai burung, kebanyakannya burung jelatang, terbaring di atas tanah.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Perlindungan Haiwan (IOPA) mengatakan kematian itu berkemungkinan disebabkan oleh bunga api dan mercun.
"Mungkin mereka mati kerana takut.
"Mereka terbang bersama dalam kumpulan, melanggar halangan termasuklah saluran elektrik.
"Jangan lupa mereka juga boleh mati akibat serangan jantung," kata jurucakap IOPA, Loredana Diglio.

Larangan bunga api di bandar ini telah diabaikan ramai pihak secara meluas pada Malam Tahun Baru 2021.
Bandar Rome juga telah menetapkan larangan untuk keluar dari rumah selepas jam 10 malam untuk mengekang penyebaran koronavirus.
IOPA di Itali meminta larangan menjual dan membakar bunga api dan mercun untuk kegunaan peribadi kerana risikonya terhadap haiwan.
Sumber: Daily Star