Tempoh masa 12 minggu ditetapkan antara suntikan dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca, ujar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Advertisement
Menerusi ciapannya di akaun Twitter, beliau berkata jarak tempoh masa selama 12 minggu itu selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta amalan di United Kingdom (UK).
“Tempoh masa antara pemberian vaksin AstraZeneca dalam program sukarela ditetapkan pada 12 minggu. Ini selaras dengan saranan WHO dan sedang diamalkan di UK,” katanya.

Tambahnya lagi, permohonan untuk jangka masa dipendekkan antara pemberian dos vaksin pertama dan kedua sedang dinilai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang menilai .
“JKJAV akan menilai permohonan untuk jangka masa lebih pendek berdasarkan setiap kes, contohnya bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara,” katanya.
Dosing interval for the AstraZeneca vaccine in the opt-in programme is set at 12 weeks. This is in line with WHO recommendations and is current practice in UK. @JKJAVMY will review applications for shorter intervals on a case by case basis e.g. students going abroad.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 4, 2021
Proses permohonan untuk memendekkan jangka masa antara pemberian dos pertama dan kedua akan disediakan menerusi laman web JKJAV dalam masa terdekat.
Terdahulu, sebanyak 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca secara sukarela selesai didaftarkan pada Ahad lalu dalam tempoh masa kurang empat jam selepas dilancarkan.
Sumber: Awani