Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fenomena Awan Melingkar Di Puncak Gunung Gemparkan Penduduk Di Jawa

Fenomena kejadian awan melingkar di beberapa puncak gunung dekat Jawa, Indonesia baru-baru telah menggemparkan penduduk setempat.

fenomena awan melingkar di puncak gunung gemparkan penduduk di jawa

Awan berkenaan dilihat berbeza daripada biasa, dengan bentuk melingkar di atas puncak Gunung Merbabu, Gunung Merapi dan Gunung Lawu pada Khamis.

Advertisement

Menurut Ketua Bahagian Data dan Maklumat Stesen Klimatologi BMKG Semarang, Lis W Harmoko berkata awan di tiga puncak gunung itu adalah daripada jenis lenticularis.

fenomena awan melingkar di puncak gunung gemparkan penduduk di jawa

“Pada umumnya awan lenticularis merupakan awan atau kelompak awan yang berbentuk seperti piring atau lensa yang terperangkap dalam lapisan atmosfera yang lebih rendah. Ia terperangkap kerana awan lenticularis umumnya kelihatan tidak bergerak di tempat ia terbentuk,” katanya.

Menurutnya lagi, kemunculan awan ini juga tanda kehadiran gelombang gunung yang merbahayakan bagi laluan penerbangan.

fenomena awan melingkar di puncak gunung gemparkan penduduk di jawa

Ia terbentuk ketika arus angin mengalir selari dengan permukaan bumi, menemui rintangan seperti gunung dan bukit. Akibatnya, arus udara bergerak secara menegak ke arah puncak awan.

Jika udara yang dibawa itu mempunyai banyak wap air, maka ia akan mula berkondensasi menjadi awan yang mengikut bentuk tertentu pada puncak gunung.

“Inilah mengapa awan lenticularis terlihat tidak bergerak kerana awan mula terbentuk dari sisi arah datangnya angin (windward side) di puncak gunung kemudian menghilang di sisi turunnya angin (leeward side),” tambahnya lagi.

Sumber: Gelora

ERA Muzik Hit Terkini