Jika anda antara kanak-kanak 80-an atau 90-an, siri animasi Inspector Gadget pasti pernah menjadi antara senarai kartun yang pernah anda tonton.

12 September lalu, genap usia Inspector Gadget 35 tahun. Terasa sudah berusia?
Advertisement


Terkenal dengan slogan ‘Go go gadget’, siri animasi ini menjadi tontonan kanak-kanak dan orang dewasa selama beberapa musim daripada tahun 1983 sehingga 1986 dan disambung pada 1990-an.

Kemudiannya, siri animasi ini dilakonkan dalam bentuk filem pada tahun 1999 dengan membintangi Matthew Broderick sebagai Inspector Gadget, dan Rupert Everett sebagai Dr. Claw, dan disambung sekali lagi pada tahun 2015 dengan penambahan efek CGI.

Dan jika anda merasakan telah berusia, ketahuilah bahawa tiada gadget yang mampu mengembalikan masa anda kembali.
Sumber: Metro
