Skip to main content

Gaya Hidup

Di Sebalik Jersi Harimau Malaya, Tersimpan Kisah Yang Jarang Diceritakan

Artikel ini ditaja oleh Kopi WONDA

Kredit: Stadium Astro

Bagi ramai rakyat Malaysia, bola sepak bukan sekadar satu permainan. Ia adalah detik yang menyatukan keluarga, rakan-rakan dan seluruh negara setiap kali Harimau Malaya turun beraksi.

Daripada jaringan yang menggegarkan stadium hingga kemenangan yang membakar semangat penyokong, setiap perlawanan menghadirkan detik penuh emosi! 

Namun di sebalik setiap sorakan dan kemenangan, tersimpan kisah pengorbanan dan perjuangan yang jarang benar diketahui.

Di sebalik lencana negara itu ialah insan yang membawa impian serta harapan jutaan rakyat Malaysia.

Kenali Kisah Di Sebalik Harimau

Kredit: Stadium Astro

Sempena musim bola sepak antarabangsa yang kembali membangkitkan kemeriahan dalam kalangan peminat, Kopi WONDA menerusi kempen ‘Semarakkan Sokongan Bersama WONDA’, mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyemarakkan sokongan terhadap Harimau Malaya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Kopi WONDA bekerjasama dengan Astro Arena menerbitkan siri kapsul eksklusif Kisah Di Sebalik Harimau bagi menghargai perjuangan pemain kebangsaan sambil membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan kisah sebenar di sebalik jersi Harimau Malaya.  

Bukan sekadar aksi di atas padang, tetapi juga kisah perjuangan, pengorbanan dan perjalanan mereka yang jarang dikongsikan kepada umum. 

Lebih Dekat Dengan Insan Di Sebalik Jersi

Lebih daripada sekadar siri dokumentari bola sepak, Kisah Di Sebalik Harimau membuka ruang kepada peminat untuk mengenali insan di sebalik jersi Harimau Malaysia. Siri ini menampilkan sisi kehidupan pemain yang jarang dikongsikan, sekali gus memperlihatkan semangat, pengorbanan dan nilai yang membentuk mereka sebagai wakil negara.

Apa Yang Menanti Dalam 5 Siri Kisah Di Sebalik Harimau?

 

Diterbitkan hasil kerjasama Astro Arena dan Kopi WONDA, siri lima episod ini menampilkan kisah lima pemain Harimau Malaya dengan latar belakang dan pengalaman yang berbeza.  

Setiap episod membawa kisah berbeza, daripada cabaran membina kerjaya, pengorbanan demi keluarga hinggalah detik paling bermakna apabila dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. 

Fergus Tierney: Membuktikan Malaysia Adalah Rumah!

Kredit: Stadium Astro

Antara kisah yang diketengahkan ialah perjalanan penyerang muda negara, Fergus Tierney, yang membuktikan bahawa rasa cinta kepada Malaysia boleh lahir daripada pengalaman hidup, bukan sekadar tempat kelahiran.

Perjalanan Fergus Tierney

  • Dilahirkan di Glasgow, Scotland sebelum membesar di Pulau Pinang dan menganggap Malaysia sebagai tanah airnya sejak kecil.
  • Berjaya menyesuaikan diri dengan bola sepak tempatan tanpa menjadikan perbezaan budaya atau bahasa sebagai penghalang.
  • Menyertai JDT II pada usia 18 tahun sebagai pemain termuda dalam pasukan.
  • Gigih mempelajari bahasa Melayu sehingga kini mampu bertutur dengan fasih seperti anak tempatan.
  • Merealisasikan impian menyarung jersi Harimau Malaya apabila dipanggil menyertai skuad Bawah 23 Tahun negara pada usia 19 tahun.

Mengimbas detik bersejarah itu, Fergus berkata:

“Saya keluar daripada terowong pemain dan saya lihat keluarga saya bersama semua penyokong pasukan negara. Saya rasa hendak menangis menyanyikan lagu Negaraku.”

Setiap Pemain, Kisah Yang Berbeza!

Kredit: Stadium Astro

Selain Fergus, siri ini turut menampilkan kisah penuh emosi daripada pemain kebangsaan lain.

Syafiq Ahmad berkongsi pengalaman mengharungi tekanan dan jangkaan tinggi sebagai pemain negara, manakala Faisal Halim membuka kisah tentang ketabahan serta kekuatan semangatnya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan karier.

Setiap kisah memberi perspektif baharu tentang kehidupan pemain kebangsaan, memperlihatkan bahawa di sebalik kejayaan di atas padang, tersimpan cabaran dan pengorbanan yang membentuk mereka hari ini. 

Barangan Eksklusif Untuk Dimenangi

Sempena kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA, peminat juga berpeluang membawa pulang pelbagai barangan eksklusif edisi terhad sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya, termasuk:

  • Jersi Harimau Malaya bertandatangan pemain dari Akyhar Rashid, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid.
  • Pemegang kad telefon edisi khas Harimau Malaya.

Jangan Lepaskan Siri Kisah Di Sebalik Harimau

Kredit: Kopi WONDA

Saksikan Kisah Di Sebalik Harimau di Astro Arena, setiap Sabtu pada jam 7.30 malam dan 8.30 malam untuk menyelami kisah sebenar di sebalik jersi Harimau Malaya.

Di sebalik setiap jersi Harimau Malaya, tersimpan sebuah kisah yang wajar dikenali.

Semarakkan sokongan anda bersama Kopi WONDA. Untuk maklumat lanjut serta peluang memenangi barangan eksklusif Harimau Malaya, ikuti Instagram Kopi WONDA di @wondacoffee.

ERA Muzik Hit Terkini