Artikel ini ditaja oleh AEON Credit

Tiga dekad bukan tempoh yang singkat. Jadi sempena ulang tahun ke-30, AEON Credit decide untuk meraikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna.
Sebagai syarikat yang cukup dekat dengan komuniti motosikal, AEON Credit ambil berat isu keselamatan rider. Sebab tu AEON Credit anjurkan Program Tukar Helmet bagi menggalakkan lebih ramai penunggang menggunakan helmet yang menepati piawaian keselamatan ketika berada di jalan raya.
Rider Sendiri Bagi Green Light
Apa yang best, program yang bermula 31 Ogos hingga 16 September ini dapat sambutan yang luar biasa! Kesemua lokasi dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak full house!
Ini tandanya rider dah semakin peka pada aspek keselamatan.
Ramai yang datang bawa helmet lama untuk ditukarkan dengan helmet baharu yang lebih selamat. Kiranya usaha AEON Credit beri manfaat untuk komuniti ni memang dapat support habis la!
Helmet Bukan Sekadar Aksesori
Di sebalik program ini, mesej yang ingin disampaikan sebenarnya cukup mudah.
Kadang-kadang benda yang nampak kecil seperti menukar helmet boleh memberi impak besar kepada keselamatan seseorang di jalan raya.
Program ini juga membuktikan sambutan ulang tahun tak semestinya tentang syarikat semata-mata. Kadang-kadang, ia lebih bermakna bila dapat berkongsi manfaat dengan komuniti yang sentiasa menyokong.
Nak Cepat Sampai Rumah? Tapi Kenalah Sampai Dengan Selamat..
Dan kalau sambutan orang ramai boleh dijadikan ukuran, memang jelas ramai rider sekarang makin ambil berat tentang keselamatan.
Yelah, siapa yang tak nak pulang ke rumah dengan selamat kan? Tetapi walau cepat mana pun kita nak sampai rumah, keselamatan tetap nombor satu.
Jadi, helmet yang baik bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan yang boleh membantu melindungi rider ketika berada di jalan raya.
Syabas AEON Credit! Syabas rider!
Nak tahu apa lagi program menarik daripada AEON Credit? Check out website, Facebook & Instagram AEON Credit Service Malaysia.