Seorang lelaki bertindak terjun ke dalam Tasik Cermin yang merupakan tarikan pelancong di Ipoh, Perak mendapat perhatian warganet.
Video berdurasi 15 saat itu tular di laman media sosial sehingga mendapat kecaman orang ramai.
Advertisement

Malah, video itu jelas memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik seolah-olah sedang berada di tempat rekreasi.
Warganet kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu itu kerana ia boleh mengundang tempat itu ditutup suatu hari nanti.
Untuk pengetahuan, Tasik Cermin bukanlah seperti tempat rekreasi yang boleh bermandi-manda.
@malaysianupdatenews Lelaki tiba-tiba terjun dalam Tasik Cermin, MBI Ipoh beri amaran! #beritaditiktok #viralnewsmalaysia #malaysianupdate ♬ original sound - Malaysian Update
Pelbagai reaksi yang diluahkan warganet terhadap perbuatan individu tersebut yang mengundang kecaman orang ramai.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika dihubungi memberitahu orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik itu.
Tambahnya, pihak majlis sedang menyemak dan menyiasat lanjut mengenai isu tersebut.
Sumber: Awani
Oleh: Muhammad Izwan Zainal