Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan penduduk Shanghai menjerit dari tingkap apartmen masing-masing akibat dilarang keluar rumah selama lebih seminggu.
Memetik laporan The Sun, kes harian COVID-19 yang semakin meningkat menyebabkan penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu.
Advertisement

Malah, bekalan makanan juga dilaporkan semakin kehabisan berpunca daripada perintah tersebut dan mereka tidak dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan barangan asas.
Rakaman video menunjukkan keadaan waktu malam di Shanghai yang tertera blok-blok pangsapuri dan kedengaran suara jeritan meminta makan dan ubat dari bangunan tersebut.
Residents in #Shanghai screaming from high rise apartments after 7 straight days of the city lockdown. The narrator worries that there will be major problems. (in Shanghainese dialect—he predicts people can’t hold out much longer—he implies tragedy).pic.twitter.com/jsQt6IdQNh
— Eric Feigl-Ding (@DrEricDing) April 10, 2022
Aplikasi-aplikasi penghantaran makanan turut menunjukkan bahawa kebanyakan kedai telah kehabisan stok sehingga membuatkan penduduk semakin tertekan dan menderita.
Sumber: The Sun, Kosmo Online