Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warganet Risau Lihat Ular Tedung Sorok Dalam Lampu Motosikal Pula

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden seekor ular sawa ditemui dalam pam minyak di Kuala Lumpur.

ular sawa ditemui dalam pam minyak di kuala lumpur

Sebelum ini juga, sudah banyak kes ular ditemui pada tempat dan lokasi yang tidak diduga, seperti dalam mangkuk tandas dan dalam tilam.

Advertisement

Namun, anda pasti tidak menjangkakan, ular boleh menghuni pada bahagian dalam motosikal.

warganet risau lihat ular tedung sorok dalam lampu motosikal pula

Menerusi video yang dimuatnaik oleh SKUAD KING COBRA JBPM di laman Facebook, seekor ular tedung ditemui melingkar pada bahagian  dalam lampu sebuah motor.

warganet risau lihat ular tedung sorok dalam lampu motosikal pula

Meskipun tidak diketahui lokasi ia dirakam, perkongsian itu nyata membuatkan ramai merasa bimbang kalau-kalau ada kehadiran reptilia berkenaan.

Sumber: SKUAD KING COBRA JBPM

ERA Muzik Hit Terkini